Ulasan Buku Siri 2: Sekalung Budi, Seuntai Bahasa
Buku: Sekalung Budi, Seuntai Bahasa
Penulis:
Tahun: 2002
Genre: Pantun, Tradisional Melayu
Pengenalan/Latar
- Buku ini merupakan Koleksi ataupun himpunan pantun-pantun tradisonal masyarakat melayu.
- Diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- Mengandungi mempunyai 6 bahagian utama:
- Awal Bismillah Pembuka Bicara.
- Budi Baik Dikenang Jua.
- Pinang Mengadap Sirih Menyembah.
- Baik-baik Memilih Intan.
- Hilang di Mata di Hati Jangan.
- Dalam Pantun Ada Bicara.
Manfaat/Pembelajaran
- Setiap bahagian mewakili senarai pantun-pantun yang berbeza mengikut tema dan isi pesanan yang ingin disampaikan.
- Awal Bismillah Pembuka Bicara (khusus untuk pemula dan penutup majlis rasmi, sanjungan hormat dan pujian pada tetamu serta pantun selamat datang).
- Budi Baik Dikenang Jua (penghargaan jasa dan nasihat, di samping menyatakan kepentingan dan kemuliaan berbudi bahasa).
- Pinang Mengadap Sirih Menyembah (berkaitan adat pernikahan dan seumpamanya).
- Baik-baik Memilih Intan (berkaitan nasihat, amaran, dan teladan dalam kehidupan).
- Hilang di Mata di Hati Jangan (berkaitan kasih sayang, harapan, kekecewaan, serta emosi lainnya).
- Dalam Pantun Ada Bicara (berkaitan mesej-mesej lain yang belum dinyatakan dalam bahagian-bahagian sebelumnya).
Rumusan/Cadangan
- Buku yang baik untuk dibuat rujukan pantun-pantun tradisional untuk digunakan dalam majlis dan sebagainya.
- Koleksi yang menyimpan khazanah seni bahasa melayu yang wajar dibaca dan dihayati oleh semua.
- Boleh diterbitkan edisi kedua bagi buku ini dengan koleksi pantun dan tema yang baru buat pembaca.
*Segala maklumat, dapatan dan info adalah berdasarkan pada pandangan serta kefahaman peribadi. Sekian, terima kasih.


Comments
Post a Comment