Bagaimana Untuk... Siri 1: Memo Makluman



Contoh Template Memo

Contoh Template Lampiran Memo



Maklumat dan Rujukan Memo
  • Daripada: -nama individu atau syarikat-
  • Kepada: -nama individu atau jawatan-
  • Salinan Kepada: -nama individu atau jawatan-
  • No Rujukan: -no rujukan memo-
  • Tarikh: -tarikh memo-
  • Boleh letakkan logo syarikat pada bahagian atas bucu sebelah kanan memo.

Isi Kandungan Memo

  • Nyatakan panggilan yang bersesuaian kepada penerima memo. (Tuan/Puan/YBhg Tuan/YBhg/Puan)
  • Nyatakan tajuk memo yang jelas dalam huruf besar dan bold. (MAKLUMAN....)
  • Berikan pendahuluan kata yang ringkas dan padat sambil merujuk kepada tajuk memo.
  • Isi kandungan hendaklah mengandungi maklumat yang cukup dan perlu diketahui penerima tetapi pastikan tidak meleret.
  • Dapatkan sekadar tiga hingga empat isi utama.
  • Lampirkan butiran maklumat seperti tarikh, tempat dan nama jika perlu.
Lampiran Memo (Jika Perlu)
  • Jika butiran terlalu panjang, keluarkan dan jadikan kembaran berasingan daripada isi kandungan memo tersebut. Ini bagi mengelakkkan memo menjadi terlalu panjang dan menyukarkan pembacaan penerima
  • Maklumat kembaran hendaklah cukup, ringkas dan tepat.
  • Maklumat kembaran boleh dijadikan dalam bentuk jadual, salinan surat salinan dokumen yang berkaitan
  • Bahagian atas hujung bucu sebelah kanan kembaran letakkan 'LAMPIRAN A' atau 'LAMPIRAN 1' dan seterusnya jika ada lebih dari satu kembaran memo.
*Segala maklumat, dapatan dan info adalah berdasarkan pada pandangan serta kefahaman peribadi. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts